Antara murid yang terlibat
Tuesday, September 22, 2009
Majlis Khatam Al-Quran 2009
Pada hari Khamis yang lalu, 17 Sept 2009, satu Majlis Khatam Al-Quran 2009 telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang bertujuan untuk memberi tanda kepada semua murid tahun 6 yang telah menamatkan bacaan Al-Quran sepanjang berada di sekolah ini. Majlis ini telah dipimpim oleh 2 orang Ustazah iaitu Pn Zaliha Safee dan Pn Siti Syara. Semua murid tahun 6 ( Muslimat) telah menjayakan majlis ini.
Sunday, September 13, 2009
Penggal Persekolahan 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Takwin Penggal Persekolahan bagi tahun 2010.Mengikut maklumat yang dikeluarkan, persekolahan bagi tahun 2010 akan bermula pada 4 January 2010.
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210 Sumber maklumat dari web KPM:http://www.moe.gov.my/?id=26&aid=361
PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010
KUMPULAN B:
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Penggal | Cuti Dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Bil. Minggu | Bil. Hari |
1 | Hari Persekolahan | 04.01.2010 | 12.03.2010 | 10 | 50 |
Cuti Pertengahan Penggal | 13.03.2010 | 21.03.2010 | - | 9 | |
Hari Persekolahan | 22.03.2010 | 04.06.2010 | 11 | 55 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 05.06.2010 | 20.06.2010 | - | 16 | |
2 | Hari Persekolahan | 21.06.2010 | 03.09.2010 | 11 | 55 |
Cuti Pertengahan Penggal | 04.09.2010 | 12.09.2010 | - | 9 | |
Hari Persekolahan | 13.09.2010 | 19.11.2010 | 10 | 50 | |
Cuti Akhir Tahun | 20.11.2010 | 02.01.2011 | - | 44 | |
JUMLAH | 42 | 288 |
PERINCIAN
PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN B:
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Penggal | Mula Persekolahan | Akhir Persekolahan | Jumlah Hari | ||
1 | 04.01.2010 | 29.01.2010 | 20 | ||
01.02.2010 | 26.02.2010 | 20 | |||
01.03.2010 | 12.03.2010 | 10 | |||
Cuti Pertengahan Penggal | 9 | ||||
13.03.2010 | 21.03.2010 | ||||
22.03.2010 | 31.03.2010 | 8 | |||
01.04.2010 | 30.04.2010 | 22 | |||
03.05.2010 | 31.05.2010 | 21 | |||
01.06.2010 | 04.06.2010 | 4 | |||
Cuti Pertengahan Penggal | 16 | ||||
05.06.2010 | 20.06.2010 | ||||
2 | 21.06.2010 | 30.06.2010 | 8 | ||
01.07.2010 | 30.07.2010 | 22 | |||
02.08.2010 | 31.08.2010 | 22 | |||
| 01.09.2010 | 03.09.2010 | 3 | ||
| Cuti Pertengahan Penggal | 9 | |||
04.09.2010 | 12.09.2010 | ||||
13.09.2010 | 30.09.2010 | 14 | |||
01.10.2010 | 29.10.2010 | 21 | |||
01.11.2010 | 19.11.2010 | 15 | |||
| Cuti Akhir Tahun | 44 | |||
| 20.11.2010 | 02.01.2011 | |||
Jumlah | 288 |
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210
Jumlah Hari Cuti Penggal : 78
Thursday, September 10, 2009
Kata - Kata Motivasi Hari Ini
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Hadis Fadhilat Ramadhan – 7 (Lailatul Qadar)
Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah s.w.t. sahaja, Tuhan seru sekalian alam. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda.
Dari Ubadah bin Samit r.a. telah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang Lailatul-Qadr. Lalu baginda bersabda:
“ Ianya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh malam yang akhir. Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan. Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi suyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sdang memancar ( kerana banyak Nur kerohanian ). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi. Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. Ianya terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah s.w.t. telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu.' (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit) ”.
Huraian Ringkas.
Beberapa alamat Lailatul-Qadr sudah jelas diterangkan oleh hadis ini. Ada juga alamat atau tanda yang telah diriwayatkan oleh mereka yang pernah mengalami malam tersebut khasnya ialah apabila matahari terbit pada paginya, ia akan terbit tanpa sinaran yang memancar kuat. Tanda ini banyak di dapati di dalam hadis-hadis dan ia selalu didapati.
Hazrat Abdah bin Abi Lubabah r.a. berkata, ' Saya telah merasai air laut pada malam 27 Ramadhan dan sesungguhnya saya telah mendapatinya betul-betul tawar'. Hazrat Ayyub b Khalid rah. pula berkata, " Saya terpaksa mandi pada suatu malam. Saya telah mandi dengan air laut lalu mendapatinya tawar. Kisah ini berlaku pada malam yang ke 27 '. Para masyaikh menulis bahawa di dalam Lailatul-Qadr semua benda akan bersujud. Sehingga pokok pun akan rebah ke bumi dan kemudian akan bangun ke tempatnya kembali. Walau bagaimanapun perkara-perkara sebegini adalah berkaitan dengan kasyaf, ia tidak dapat disedari oleh semua orang.
Semoga hadis ini dan kisah-kisah tersebut dapat menjadi pengajaran kepada kita, Insya-Allah.
Saturday, September 5, 2009
Bacaan Yassin dan solat Hajat
Sepanjang bulan Ramadan ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif mengadakan bacaan Yassin dan solat hajat pada setiap pagi. Majlis ini diadakan pada awal pagi yang dibimbing guru-guru Pendidikan Agama Islam. Murid-murid akan berkumpul di surau dan mengadakan solat hajat. selepas itu, guru-guru dan murid akan bersama-sama membacakan surah Yassin. Penglibatan guru-guru khususnya guru-guru tahun 6 amatlah memberangsangkan.
"Ya Allah, bukakanlah pintu hati hambaMu ini moga segala ilmu yang kami pelajari akan dapat menolong kami semasa menjawab UPSR nanti" Amin
Murid-murid sedang tekun membacakan surah Yassin
"Ya Allah, bukakanlah pintu hati hambaMu ini moga segala ilmu yang kami pelajari akan dapat menolong kami semasa menjawab UPSR nanti" Amin
Friday, September 4, 2009
Majlis Berbuka Puasa,Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR 2009
Bersempena bulan ramadan yang penuh keberkatan ini, pihak sekolah menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR 2009 pada 3 Sept 2009 bersamaan 13 Ramadan 1430. Majlis yang dimulakan dengan Tazkirah dan Motivasi bagi menaikkan lagi semangat calon-calon UPSR 2009. Tazkirah dan Motivasi ini telah disampai oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad Razali Harun dari SK Danau Kota. Al- Fahdil Ustaz Muhammad Razali telah memberikan kata-kata semangat dan petua-petua dalam menghadapi saat-saat menunggu hari peperiksaan nanti. Selepas itu majlis di teruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat magrib berjemaah. Ramai ibubapa dan penjaga telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Selepas itu, semua hadirin bersama-sama membacakan Surah Yassin dan diikuti oleh solat hajat.
Majlis Berbuka Puasa,Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR 2009
Penceramah Jemputan, Al fadhil ustaz Muhammad Razali Harun
dari SK Danau Kota
Penceramah Jemputan, Al fadhil ustaz Muhammad Razali Harun
dari SK Danau Kota
Para hadirin tekun mendengar Tazkirah dan Motivasi yang disampaikan oleh penceramah
Thursday, September 3, 2009
KAWAN DI AKHIR ZAMAN...
Bercakap soal kawan, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya di alam perjuangan seketika dahulu. Betapa indahnya nilai ukhuwah antara kami yang sehingga kini tiada bandingan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.
Namun, ada juga duka bersama sahabatku yang tak dapat kutemui walaupun berada di depan mata. Itulah dunia yang kejam bagi diriku. Akhir zaman menyaksikan pelabagi jenis raga manusia. Biarlah hari ini kawan yang menjadi saksi bagi kita sepanjang bersamanya. Hakikatnya, penilaian telah dibuat oleh Yang Maha Kuasa sejak azali lagi…
Beginilah ragam kawan dan sahabat di akhir zaman ini…
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh
(p/s : berhati-hati dalam memilih kawan)
Subscribe to:
Posts (Atom)