SK PUTERI PANDAN 2

Saturday, January 30, 2010

Majlis Pelantikan Pengawas 2010

Pada 25 Januari, pihak SK Puteri Pandan 2 telah mengadakan satu majlis Pelantikan Pengawas sekolah. Majlis ini diadakan simbolik kepada penyerahan dan pelantikan pengawas bagi tahun 2010. Seramai 8 orang pengawas baru telah dikurniakan surat pelantikan pengawas dan pelantikan ketua pengawas sekolah dan penolong pengawas sekolah juga diumumkan.
Bagi memilih Ketua Pengawas sekolah, pihak pentadbir telah melakukan sesi temuduga beberapa calon. Setelah ditimbang tara, adik Nur Aina Alisha Ahmad Sufian dari 6 Bestari telah dilantik Ketua Pengawas Sekolah dan Nasyrah Imanina Mohd Nasir telah dipilih sebagai Penolong ketua Pengawas.
Pada majlis itu juga, semua pengawas sekolah yang baru, pengawas PSS dan Pengawas SPBT juga mendapat surat pelantikan masing-masing.



Seorang pengawas sekolah baru menerima surat pelantikan
dari Pn Hjh Muhaini

Pengawas SPBT yang baru dilantik



Pn Hjh Muhaini memakaikan kot kepada Ketua Pengawas Sekolah


Barisan pengawas-pengawas sekolah


Barisan pengawas sekolah bersama semua warga pendidik SKPP2


Barisan Lembaga Pengawas Sekolah 2010

Friday, January 15, 2010

Sambutan Maal Hijrah 1431 H

Pada hari ini, SKPP2 telah mengadakan sambutan Maal Hijrah 1431 dengan meriahnya sekali. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pn Norliza Badron yang menyampaikan beberapa pesanan kepada semua mengenai Hijrah. Majlis yang dipengerusikan oleh En. Wan telah diteruskan dengan bacaan dan taksir ayat-ayat Al-Quran oleh adik Nur Aina Alisha dan Nur Aindatul Shahira.
Ceramah yang disampaikan oleh Pn Ratna Hadja yang bertajuk "Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah". telah menarik minat murid.
Deklamasi sajak oleh adik Nur Syahirah Hidayah yang bertajuk " Maal Hijrah" dan seterusnya nasyid.




Bacaan dan taksir ayat-ayat suci Al-Quran




Semua pelajar tekun mendengar ceramah yang disampaikan



Salah seorang murid yang tampil ke depan

Tuesday, January 12, 2010

Menuntut ilmu perlu ikhlas kerana Allah



www.edu.iluvislam.com
Edited by Wan Mas Aini Bt Mohamad Idrus


ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Jika ada yang berhajat menuntut ilmu untuk mendapatkan syahadah (sarjana muda atau doktor falsafah) kerana menjadi peraturan yang tertulis hanya mereka yang memiliki pendidikan tinggi boleh menyampaikan atau mengajar ilmu, niat itu termasuk dalam niat yang benar.

Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain.”

Menjadi keharusan bagi penuntut ilmu berniat menuntut ilmu untuk membela syariat kerana kedudukan syariat sama dengan pedang jika tidak ada seseorang menggunakannya ia tidak bererti.

Penuntut ilmu harus membela agamanya daripada hal yang menyimpang daripada agama. Perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan akidah kerana persoalan akidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.

Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat sudah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah SAW masih hidup tetapi jangan sampai menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Kebenaran dan sabar termasuk adab paling penting bagi kita sebagai penuntut ilmu. Mencari kebenaran daripada berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dulu kesahihan hadis itu.

Jika menemui bukti bahawa hadis itu sahih, berusaha lagi mencari makna (pengertian) hadis itu.


Sunday, January 10, 2010

Kembali Ke sekolah


Pada 4 januari 2010 yang lalu, semua murid-murid telah kembali ke sekolah setelah sebulan lebih bercuti. kehadiran murid-murid pada hari itu telah disambut dengan tangan terbuka oelh semua warga sekolah. Seramai 18 pelajar yang telah mendaftar tahun satu pada tahun telah bergembira apabila buat pertama kali menjejak kaki ke sekolah. Pihak Sekolah juga telah menerima du orang guru baru iaitu En Hassan dan Pn Faizah ke sekolah ini.