Pada 19 Februari, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis dialog IbuBapa Tahun 6 bagi tahun 2010. Majlis ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibubapa/penjaga murid tahun 6 tentang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Ia juga dapat merapatkan lagi ibubapa dengan pihak sekolah dalam memberikan yang terbaik kepada murid-murid tahun 6. Majlis yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pn Guru Besar. Dalam ucapannya, beliau sangat terharu diatas kehadiran yang penuh pada hari itu. Beliau berharap dengan kehadiran ini akan memberi semangat kepada murid dan para guru dalam mencapai kecemerlangan UPSR 2010. Selepas itu Pn Norliza selaku GPK Tadbir dan kurikulum mengambil tempat. Beliau telah menghuraikan serba sedikit tentang program yang bakal dijalankan sepanjang tahun bagi ini. Selepas itu guru-guru mata pelajaran mengambil tempat untuk menerangkan beberapa strategik peningkatan tahun 6 pada tahun ini. Majlis diakhiri oleh bacaan Ikrar oleh murid-murid tahun di hadapan ibubapa mereka.
Bacaan Ikrar oleh murid-murid tahun 6
Antara ibubapa/penjaga yang hadir