SK PUTERI PANDAN 2

Monday, November 16, 2009

Hari Anugerah cemerlang 2009


Pada 14 November 2009 (sabtu) SKPP2 telah mengadakan satu Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2009 dengan jayanya. Majlis yang dirasmikan oleh Pn Arsida Mohd Arshad. Turut hadir ialah NYDP PIBG SK Puteri Pandan 2, Pn Norlela dan Pn hjh Muhaini Abdul Kadir selaku G. Besar. Majlis dimulakan bacaan doa oleh En Sofi Omar. Selepas itu, persembahan selamat datang oleh murid-murid tahun 6. Dalam ucapan alu-aluan oleh Pn G Besar, beliau telah merakam jutaan terima kasih kepada pihak Bank Rakyat Desa Pandan kerana telah banyak menyumbang kepada sekolah demi kejayaan pihak sekolah dan para pelajar.



Antara tetamu jemputan yang hadir



Pn Arsida sedang menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah



Pn Norlela sedang menyampaikan anugerah



Penerima anugerah Khas bersama ibubapa masing-masing

Friday, November 13, 2009

Hari Kanak-Kanak 2009


Pada 13 Nov 2009 pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2009 dengan meriah sekali. Pelbagai acara yang dijalankan seperti sukaneka, Pertandingan Mewarna Bank Rakyat dan persembahan dari murid-murid. En Mustaza Mat Isa, Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat Cawangan Desa Pandan telah sudi menyampaikan hadiah sukaneka. Beliau yang datang bersama-sama 5 orang kakitangan telah bersama-sama memantau perjalanan Pertandingan Mewarna. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran maskot Kelab Nuri yang telah menceriakan majlis.



"Agak-agaknya yang mane nak sama dengan maskot kat belakang tu"



Pertandingan Mewarna Anjuran Bank Rakyat


Murid-murid sedang bersalam-salaman dengan Maskot Nuri




Murid bergambar dengan Nuri



"gembira sungguh murid-murid ni"





En Mustaza sedang meyampaikan hadiah kepada kumpulan yang
memenangi sukaneka,

Friday, October 23, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform 2009

Pada 10 dan 11 Oktober yang lalu, Sk Puteri pandan 2 telah mengadakan perkhemahan Unit Beruniform 2009 di Taman Rimba Bukit Nenas. Program selama 2 hari 1 malam ini melibatkan 40 orang murid tahap 2. Pelbagai-bagai aktiviti telah dijalankan seperti dirikan khemah, ikhtiar hidup, dan lain-lain.



Murid sedang mendirikan khemah



menanti bas untuk ke tapak perkhemahan




"Geram yer aku, kalau ikutkan hati aku pun nak tidur kat sini jugak'



Tuesday, October 20, 2009

Bermatlamat Tangga Kejayaan





Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan.

Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya!!!

Matlamat membantu anda membuat keputusan.

Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!!

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.

Apabila anda mempunyai matlamat, anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa pensyarah setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan.

Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna.
Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.


Mutiara kata:- “Bukanlah tuan gurumu itu seorang yang hanya kamu mendengar daripadanya, tetapi tuan gurumu yang sebenar ialah yang mana kamu telah mengambil ilmu daripada pengamalannya…” (Imam Ghazali)


Friday, October 2, 2009

Sambutan Majlis Hari Raya SK Puteri Pandan 2

30 Sept 2009, SK Puteri Pandan 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bagi meraikan semua warga sekolah. Dua buah khemah yang memuatkan beberapa buah meja untuk mewakili setiap kelas. Majlis dimulakan dengan majlis penutupan minggu kemerdekaan.

Selepas itu, semua guru murid menyanyikan lagu selamata hari raya dan diteruskan dengan jamuan Hari Raya. Setiap kelas dan guru bersama-sama ada membawa hidangan hari raya seperti, nasi Himpit. Soto, kuih Raya, Rendang, Mee Goreng, minuman dan banyak lagi. Tidak lupa juga jemputan dari SK Puteri Pandan 1, SK St Gabriel, DBKL, Bank Rakyat, AJK PIBG, dan para ibubapa.





Para Guru sedang menunjukkan bakat menari Selamat Hari Raya




Pelbagai kuih muih yang disediakan oleh murid-murid


"Lama yerrr, bila nak makan ini. Dah Laporrrrrr ni?
"sabar lahhh, kejap lagi"

Memang ada bakat lahh


" Aik dah abis dah, tek sempat aku nak rasa"



Ilya Ramadan

Bersempena Bulan Ramadan Yang penuh dengan keberkatan ini, pihak sekolah telah mengambil inisentif untuk mengadakan majlis 'Kacau Bubur Lambuk' buat pertama kalinya.Semua juga telah bersama-sama menyumbang tenaga untuk menjayakan majlis ini. Selepas itu, bubur lambuk terbabit diagihkan kepada semua murid dan guru.


Guru-guru perempuan sedang bergotong-royong membungkuskan bubur la



Pembahagian bubur lambuk sedang dilakukan



"Ada gaya macam YB tak"
"Cepatlah cikgu, lapor dah ni"



"Makcik-makcik SK PP2 sedang bergotong royong menyediakan bahan"



Tuesday, September 22, 2009

Majlis Khatam Al-Quran 2009

Pada hari Khamis yang lalu, 17 Sept 2009, satu Majlis Khatam Al-Quran 2009 telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang bertujuan untuk memberi tanda kepada semua murid tahun 6 yang telah menamatkan bacaan Al-Quran sepanjang berada di sekolah ini. Majlis ini telah dipimpim oleh 2 orang Ustazah iaitu Pn Zaliha Safee dan Pn Siti Syara. Semua murid tahun 6 ( Muslimat) telah menjayakan majlis ini.




Antara murid yang terlibat



Ustazah Yang terlibat







Sunday, September 13, 2009

Penggal Persekolahan 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Takwin Penggal Persekolahan bagi tahun 2010.Mengikut maklumat yang dikeluarkan, persekolahan bagi tahun 2010 akan bermula pada 4 January 2010.

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010
KUMPULAN B:
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Penggal
Cuti Dan Hari
Persekolahan
Mula
Akhir
Bil.
Minggu
Bil.
Hari
1
Hari
Persekolahan
04.01.2010
12.03.2010
10
50
Cuti Pertengahan
Penggal
13.03.2010
21.03.2010
-
9
Hari
Persekolahan
22.03.2010
04.06.2010
11
55
Cuti Pertengahan
Penggal
05.06.2010
20.06.2010
-
16
2
Hari
Persekolahan
21.06.2010
03.09.2010
11
55
Cuti Pertengahan
Penggal
04.09.2010
12.09.2010
-
9
Hari
Persekolahan
13.09.2010
19.11.2010
10
50
Cuti Akhir Tahun
20.11.2010
02.01.2011
-
44
JUMLAH
42
288





PERINCIAN
PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN B:
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Penggal
Mula Persekolahan
Akhir Persekolahan
Jumlah Hari
1
04.01.2010
29.01.2010
20
01.02.2010
26.02.2010
20
01.03.2010
12.03.2010
10
Cuti Pertengahan Penggal
9
13.03.2010
21.03.2010
22.03.2010
31.03.2010
8
01.04.2010
30.04.2010
22
03.05.2010
31.05.2010
21
01.06.2010
04.06.2010
4
Cuti Pertengahan Penggal
16
05.06.2010
20.06.2010
2
21.06.2010
30.06.2010
8
01.07.2010
30.07.2010
22
02.08.2010
31.08.2010
22

01.09.2010
03.09.2010
3

Cuti Pertengahan Penggal
9
04.09.2010
12.09.2010
13.09.2010
30.09.2010
14
01.10.2010
29.10.2010
21
01.11.2010
19.11.2010
15

Cuti Akhir Tahun
44

20.11.2010
02.01.2011
Jumlah
288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210
Jumlah Hari Cuti Penggal : 78
Sumber maklumat dari web KPM:http://www.moe.gov.my/?id=26&aid=361





Thursday, September 10, 2009

Kata - Kata Motivasi Hari Ini




Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Hadis Fadhilat Ramadhan – 7 (Lailatul Qadar)



Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah s.w.t. sahaja, Tuhan seru sekalian alam. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda.

Dari Ubadah bin Samit r.a. telah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang Lailatul-Qadr. Lalu baginda bersabda:

“ Ianya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh malam yang akhir. Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan. Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi suyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sdang memancar ( kerana banyak Nur kerohanian ). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi. Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. Ianya terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah s.w.t. telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu.' (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit) ”.

Huraian Ringkas.

Beberapa alamat Lailatul-Qadr sudah jelas diterangkan oleh hadis ini. Ada juga alamat atau tanda yang telah diriwayatkan oleh mereka yang pernah mengalami malam tersebut khasnya ialah apabila matahari terbit pada paginya, ia akan terbit tanpa sinaran yang memancar kuat. Tanda ini banyak di dapati di dalam hadis-hadis dan ia selalu didapati.

Hazrat Abdah bin Abi Lubabah r.a. berkata, ' Saya telah merasai air laut pada malam 27 Ramadhan dan sesungguhnya saya telah mendapatinya betul-betul tawar'. Hazrat Ayyub b Khalid rah. pula berkata, " Saya terpaksa mandi pada suatu malam. Saya telah mandi dengan air laut lalu mendapatinya tawar. Kisah ini berlaku pada malam yang ke 27 '. Para masyaikh menulis bahawa di dalam Lailatul-Qadr semua benda akan bersujud. Sehingga pokok pun akan rebah ke bumi dan kemudian akan bangun ke tempatnya kembali. Walau bagaimanapun perkara-perkara sebegini adalah berkaitan dengan kasyaf, ia tidak dapat disedari oleh semua orang.

Semoga hadis ini dan kisah-kisah tersebut dapat menjadi pengajaran kepada kita, Insya-Allah.

Saturday, September 5, 2009

Bacaan Yassin dan solat Hajat

Sepanjang bulan Ramadan ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif mengadakan bacaan Yassin dan solat hajat pada setiap pagi. Majlis ini diadakan pada awal pagi yang dibimbing guru-guru Pendidikan Agama Islam. Murid-murid akan berkumpul di surau dan mengadakan solat hajat. selepas itu, guru-guru dan murid akan bersama-sama membacakan surah Yassin. Penglibatan guru-guru khususnya guru-guru tahun 6 amatlah memberangsangkan.



Murid-murid sedang tekun membacakan surah Yassin


Antara guru-guru yang turut mengambil bahagian



"Ya Allah, bukakanlah pintu hati hambaMu ini moga segala ilmu yang kami pelajari akan dapat menolong kami semasa menjawab UPSR nanti" Amin

Friday, September 4, 2009

Majlis Berbuka Puasa,Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR 2009

Bersempena bulan ramadan yang penuh keberkatan ini, pihak sekolah menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR 2009 pada 3 Sept 2009 bersamaan 13 Ramadan 1430. Majlis yang dimulakan dengan Tazkirah dan Motivasi bagi menaikkan lagi semangat calon-calon UPSR 2009. Tazkirah dan Motivasi ini telah disampai oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad Razali Harun dari SK Danau Kota. Al- Fahdil Ustaz Muhammad Razali telah memberikan kata-kata semangat dan petua-petua dalam menghadapi saat-saat menunggu hari peperiksaan nanti. Selepas itu majlis di teruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat magrib berjemaah. Ramai ibubapa dan penjaga telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Selepas itu, semua hadirin bersama-sama membacakan Surah Yassin dan diikuti oleh solat hajat.



Majlis Berbuka Puasa,Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR 2009



Penceramah Jemputan, Al fadhil ustaz Muhammad Razali Harun
dari SK Danau Kota


Para hadirin tekun mendengar Tazkirah dan Motivasi yang disampaikan oleh penceramah



Para guru dan kaum bapa yang bersama-sama menjayakan majlis tersebut



Para Guru sedang sibuk mengemas tikar sembahyang. Rajin yerrrrrr

Thursday, September 3, 2009

KAWAN DI AKHIR ZAMAN...





Kawan? Siapa yang dikatakan kawan bagi kita? Apa peranan kawan kepada kita?

Bercakap soal kawan, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya di alam perjuangan seketika dahulu. Betapa indahnya nilai ukhuwah antara kami yang sehingga kini tiada bandingan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.

Namun, ada juga duka bersama sahabatku yang tak dapat kutemui walaupun berada di depan mata. Itulah dunia yang kejam bagi diriku. Akhir zaman menyaksikan pelabagi jenis raga manusia. Biarlah hari ini kawan yang menjadi saksi bagi kita sepanjang bersamanya. Hakikatnya, penilaian telah dibuat oleh Yang Maha Kuasa sejak azali lagi…

Beginilah ragam kawan dan sahabat di akhir zaman ini…

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh

(p/s : berhati-hati dalam memilih kawan)

Thursday, August 27, 2009

RAMADAN YANG INDAH



Syukur padaMu
Bertandang kembali
Cahayamu dinantikan
Aku menjadi ahli ramadhan
Memperhambakan diri padaNya
Untuk menelan nikmat

Setiap kali ramadhan bertamu
Kenangan sering menerjah
Pipi haus akan air mata
Kesedihan lampau menutupi wajah
Bersama kenangan silam
Yang hadhir bersama nafas ini

Satu pemergian
Tanpa ada kehadhiran lagi
Masih tergulung kenangan
Kehangatan kasih masih terasa
Berpaut pada sanubari
Kasih yang bernilai

Aku hanya mampu
Menyambung tali-tali doa
Muga ALLAH mencucuri rahmat
Untuk roh mereka berdua

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ya Ramadan



Alhamdulilalah, berbanyak syukur kita kepada Allah SWT kerana mendatangkan bulan Ramadan sekali lagi kepada kita. Kami di warga SK Puteri Pandan 2 ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua warga sekolah dan pengunjung blog ini. Marilah bersama-sama kita mengalu-alukan kedatangan bulan kerahmatan ini dengan memperbanyakkan amalan yang diperintahkan olehNya.





Wednesday, August 19, 2009

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.