SK PUTERI PANDAN 2

Thursday, August 27, 2009

RAMADAN YANG INDAH



Syukur padaMu
Bertandang kembali
Cahayamu dinantikan
Aku menjadi ahli ramadhan
Memperhambakan diri padaNya
Untuk menelan nikmat

Setiap kali ramadhan bertamu
Kenangan sering menerjah
Pipi haus akan air mata
Kesedihan lampau menutupi wajah
Bersama kenangan silam
Yang hadhir bersama nafas ini

Satu pemergian
Tanpa ada kehadhiran lagi
Masih tergulung kenangan
Kehangatan kasih masih terasa
Berpaut pada sanubari
Kasih yang bernilai

Aku hanya mampu
Menyambung tali-tali doa
Muga ALLAH mencucuri rahmat
Untuk roh mereka berdua

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ya Ramadan



Alhamdulilalah, berbanyak syukur kita kepada Allah SWT kerana mendatangkan bulan Ramadan sekali lagi kepada kita. Kami di warga SK Puteri Pandan 2 ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua warga sekolah dan pengunjung blog ini. Marilah bersama-sama kita mengalu-alukan kedatangan bulan kerahmatan ini dengan memperbanyakkan amalan yang diperintahkan olehNya.





Wednesday, August 19, 2009

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.


Tuesday, August 18, 2009

Solat Hajat UPSR 2009

Satu solat hajatUPSR 2009 dan majlis berbuka puasa akan diadakan pada 2 Sept 2009. Majlis ini dirancang untuk semua calon UPSR 2009 SKPP2. Majlis yang akan bermula pada jam 6.00 petang itu akan dimulakan dengan tazkirah, berbuka puasa, solat maghrib dan solat hajat. Dengan majlis ini diharap akan dapat membantu semua calon UPSR 2009 dalam menjawab soalan dan mengeratkan lagi silaturahim antara pihak sekolah dan ibubapa. Semua ibubapa dan warga sekolah akan bersama-sama mendoakan di atas kejayaan calon-calon 2009. Dengan ini diharapkan semua ibubapa SKPP2 terutamanya ibubapa calon UPSR 2009 akan hadir bersama-sama menjayakan majlis ini.

Semua muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

Saturday, August 15, 2009

Gotong-royong H1N1

Pada hari ini, semua warga sekolah telah mengadakan gotong-royong bag mencegah gejala H1N1 yang semakin menular di seluruh negara. Oleh kerana kebersihan adalah satu cara yang terbaik mencegah penularan sindrom ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini. Semua murid telah bersama-sama membersihkan kelas masing-masing dan para guru juga telah membersihkan bilik guru dan kawasan sekitar sekolah.



Friday, August 14, 2009

Pelancaran Bulan Patriotisme 2009

SK Puteri Pandan 2 tidak ketinggalan dalam menyambut bulan kemerdekaan 2009. pelancaran majlis bulan patriotisme telah dilancarkan pada 10 Ogos yang lalu oleh Pn Hjh Muhaini Abdul Kadir selaku guru besar SK Puteri Pandan 2. Dalam ucapan itu, beliau telah menyampaikan tentang pemimpin negara yang telah banyak berkorban dalam menuntut kemerdekaan negara kita. Beliau menasihati semua murid untuk mengenang jasa pemimpin yang telah banyak menyumbangkan jasa mereka. Beliau juga menyatakan kita sebagai generasi pada masa kini haruslah terus berusaha mempertahankan kemerdekaan yang dinikmati hari ini dengan belajar bersungguh-sungguh. Sepanjang bulan patriotisme ini, pelbagai acara telah di atur untuk memeriahkan lagi bulan tersebut. Antaranya, pertandingan sajak,bercerita,mewarna dan lagu patriotisme.




H1N1

Dengan merebaknya penyakit H1N1 di seluruh negara, SK Puteri Pandan 2 tidak ketinggalan dengan kesan dari wabak ini. Beberapa orang murid dari sekolah ini telah mengalami deman yang mana ianya adalah salah satu tanda sindrom H1N1. Pihak sekolah telah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga seperti ceramah tentang H1N1, kempem menjaga kebersihan diri, penyediakan sampul untuk membasuh tangan dan sebagainya. Pada pagi ini iaitu 14 Ogos 2009, satu pemeriksaan suhu badan semua murid sebagai langkah berjaga-jaga. Pemerriksaan yang dilakakan pada waktu pagi sebelum semua murid naik ke kelas. Pemeriksaan telah dilakukan oleh Cikgu Sofi dan Cikgu Wan.




Thursday, August 13, 2009

H1N1- Mai kita pakat kenai apa itu H1N1




Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2. perempuan yg mengandung

3 .orang yg ada astmatic

4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .

day 5 and above lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.

SUBHANALLAH - Quran did not Burn inside the burning Car














Wednesday, August 5, 2009

Pertandingan Sajak Sempena Hari Kemerdekaan

Seramai 6 murid tahap satu iaitu 2 orang bagi setiap kelas telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Deklaminasikan Sajak 2009. Setiap peserta telah mendeklaminasikan sajak dengan penuh semangat kemerdekaan.

Monday, August 3, 2009

Kenduri Buah Dokong 2009



Satu kendurI buah dokong yang dihabiskan oleh Cikgu Jega

Sunday, August 2, 2009

Lawatan 2009



Pada 1 Ogos 2009(Sabtu) satu rombongan sambil belajar yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu,Sains dan Kajian Tempatan telah diadakan dengan jayaanya. Seramai 40 orang murid dari tahun 1 hingga 5 telh mengikuti rombongan tersebut. Mereka telah melakukan lawatan ke Menara Kuala Lumpur,Taman Burung Kuala Lumpur dan Pusat Sains Negara. Pelbagai acara telah diatur seperti takllimat mengenai pembinaan Menara Kuala Lumpur, pertunjukkan burung dan lain-lain. Di Pusat Sains pula, mereka telah berkesempatan ke Exspo "Survival Save Our Earth 09" yang telah mempamerkan pelbagai ilmu berkaitan dengan menyelamatkan bumi.








Gambar di sekitar Menara Kuala Lumpur