Pada 10 April yang lalu, PIBG telah mengadakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Mesyuarat yang bertujuan memilih AJK yang baru telah berjalan dengan lancar. Majlis yang dirasmikan oleh Guru Besar SK Puteri Pandan 2 telah dihadiri semua ahli-ahli. Mesyuarat yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG dan uacapan perasmian oleh Pn Guru Besar. Selepas itu, mesyuarat diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar Cemerlang UPSR 2009. Selepas itu, mesyuarat pun bermula dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agung yang lalu. Pn Ratna Selaku Setiausaha telah membentangkan aktiviti PIBG sepanjang sesi 2009/2010 dan diikuti oleh pembentang kewangan oleh En iswandi Ishak selaku Bendahari Agung. Selepas AJK lalu dibubarkan, satu sesi pemilihan AJK baru diadakan. Diharapkan dengan pemilihan barisan AJK yang baru ini, dapat mengerakkan dan memperkasakan lagi PIBG SK Puteri Pandan 2.
Ucapan oleh Pn Hjh Muhaini Abdul Kadir
Sesi pemilihan AJK baru
Barisan AJK 2009/2010
Barisan AJK PIBG 2010/2011
No comments:
Post a Comment